Rindu. Kita boleh merindu, tapi untuk terus dirindui itu sukar. Berapa ramai yang berhenti merindu setelah rasa rindu itu hilang.
Sayang. Kita boleh menyayangi, tapi untuk tetap disayangi itu sukar. Berapa ramai yang berhenti berkasih hanya kerana kesetiaan itu dicalar.
Tangga Cinta
Setiap kali kita menjejakkan kaki pada usia baru. Cinta itu hadir. Oh, bukan cinta. Tapi sayang. Permulaan cinta itu bermula pada usia setahun jagung. Mereka kata itu bukan cinta, tapi "minat" atau "suka". Suka pada wajahnya yang ayu. Suka pada perangainya yang sopan. Suka pada perwatakannya yang macho. Suka pada rambutnya yang pacak pacak. Dan suka apabila melihat dia menaikkan bendera ketika perhimpunan mingguan di peringkat sekolah rendah. Geli perut.
Rasa cinta yang baru kemudiannya hadir pada usia awal remaja. Kali ini perasaan "minat" atau "suka" itu semakin berbeza. Kegilaan pada cinta itu hadir. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Zaman dimana "handphone" itu hanya boleh dimiliki oleh Ibu bapa, dan orang yang mampu. Mahal. Mereka yang bercinta mula mencari alternatif baru. Oh ohhh, telefon awam. Syiling dicari, dikumpul. Nombor ditekan. Sudah didengar suaranya, ahh, rasa lega. Tapi sayang, cinta pada usia ini ramai yang hilang arus dan pangkalnya. Tidak punya tujuan. Putus jua. Mereka kata "itu semua cinta monyet, cinta untuk suka suka, lupakan saja".
Ihsan Google |
Cinta monyet sudah lama lenyap dari diari hidup. Mereka mahu menjadi matang. Kononnya la. Jadi cinta, rindu, sayang itu ditolak ke tepi. "Buat apa bercinta, habis duit saja. Nanti kalau putus tertonggeng je sedihnya". Boyfriend girlfriend ditukar kepada abang angkat-adik angkat, kakak angkat-adik angkat. Duit sama saja habisnya. Orang cakap "mula-mula abang angkat adik angkat, lama-lama terangkat terus". Oh ye? Lelaki lain kacau adik angkat, abang angkat mula mengamuk, cemburu. Adik angkat keluar tak bagitahu abang angkat, abang angkat merajuk. Kalah abang kandung si adik. Ini hubungan apa sebenarnya? Jawapan: Adik-beradik angkat. pfft.
Mereka sekarang sudah mula dewasa. Tujuan di cari. Komitmen diikat. Soal jodoh sering dibualkan. Nampak serius. Tapi hati perempuan mula mencari sesuatu. Bukan pada harta, bukan pada rupa tapi pada kekuatannya. Kekuatannya untuk mendidik isteri dan anak-anak. Kekuatannya untuk terus mengemudi bahtera halal. Kekuatannya untuk terus berkongsi dan memberi sokongan yang padu pada isteri yang satu. Ego lelaki yang keterlaluan akan memusnahkan sampan yang dibina. Mereka perlu sama-sama berbincang mencari asas yang kukuh untuk mengubah sampan itu kepada bahtera yang besar. Tidak perlu bersengketa pada hal yang remeh. Tidak perlu cemburu pada hal yang kecil. Percaya dan terus percaya. Tolak ansur itu perlu, saling memahami juga perlu. Dan senjata yang paling penting adalah doa. Jangan pernah berhenti berdoa. Ikhlaskan hati untukNya. Allah itu Maha Mengetahui, dan sebaik-baik perancangan datangnya dari Allah.
Tidak perlu kecewa pada cinta yang tidak menjadi. Sesungguhnya cinta itu ada dimana-mana. Carilah kekuatan disebalik kegagalan tersebut. Yang indah, yang manis itu bukan pada permulaannya, tapi pada pengakhirannya. Permulaan dunia itu manis, tapi pengakhiran syurga itu jauh lebih manis dan indah. Sama lah konsepnya.
Cinta itu bukanlah cinta, jika cinta itu memaksa kita untuk membuang keluarga, membuang saudara, dan juga membuang kawan.
Cinta itu bukanlah cinta, jika api neraka sudah hilang gerunnya. Tidak perlu bercinta jika ikrar itu mengisytiharkan "lautan api sanggup aku renangi, KLCC sanggup aku terjuni"
"Untuk bertemu dengan orang yang benar tulus, kita terlebih dahulu akan menemui yang salah"
Suatu hari, kamu akan merasa bersyukur kerana kegagalan cinta kamu itu telah memberikan peluang untuk kamu nikmati cinta yang lebih bermatlamat dan menjadikan kamu insan yang lebih mulia.
#RC = #Recycled Entry which was written on my own blog. Ramadhan Kareem all!
#RC = #Recycled Entry which was written on my own blog. Ramadhan Kareem all!
Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah #Summer2011: Ice Room Senawang".
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah #Summer2011: Ice Room Senawang".
1 comment:
bermula dari setahun jagung...cinta monyet.. matang..dewasa.. dan sedang membina bahtera besar....
semoga kami di kukuhkan.
Post a Comment