Tuesday, August 16

Tip apabila putus cinta




Assalamualaikum semua. 


Normal lah kan jatuh cinta. Siapa yang tak pernah jatuh cinta. Mesti korang pun pernah kan? Yang putus cinta pun mesti ada juga. Releks lah, takat putus cinta, pakwe kawin lain, semua tu aku dah pernah rasa. Sedih? Mau tak sedihnya. Time tue masih old skol, aku siap call besfren aku guna public phone, tak cakap banyak pun, tapi nangis saja, 3 jam ! Pergh, memang sabar sungguh kawan aku tue kan. Dia memang BFF aku untuk selamanya.



Nak bagi tips sikit bagi yang sedih-sedih putus cinta nie. Memang aku pun tak lah kuat sangat sebenarnya nak lalui benda tue coz sampai sekarang pun still boleh meleleh air mata bila tengok fb dia. *Yang aku gatal-gatal gi tengok fb suami orang tue kenapa? Itu salah satu kerja tak bermanfaat yang aku buat lah kalau korang nak tahu. Hahaha. Okay, its not funny. Tapi, suatu yang sangat menyedihkan kerana kita tak bagi peluang dan ruang kepada diri kita untuk bahagia seperti mana dia boleh kecapi kebahagiaan bersama orang lain.


Kenapa kita perlu menangisi apa yang terjadi? Banyak kali aku berfikir sebenarnya. Aku tak marah kat ex-aku tue. Lagi pun dah lama sangat kami berpisah dan dia pun dah nak ada dua orang anak. Kat sini adalah sedikit tips untuk yang bersedih, tetapi yang paling utama tentulah ingat Yang Maha Esa.


1. Dunia belum kiamat. Biarkan ia berlalu seperti angin. Kita akan sentiasa menghirup udara. Begitu juga dengan kehidupan. Kita akan sentiasa berdepan dengan kehidupan selagi kita belum temui kematian. Dia hanya berkahwin dengan orang lain. Itu saja. Dia masih ada. Biarkan dia bahagia. Bukankah kebahagiaan dia itu kebahagiaan kita juga?


2. Berfikiran positif. Kalau dulu kita menyayanginya, kenapa perlu hari ini kita membencinya? Hanya kerana kesilapan yang dilakukan, kita konon-konon tak boleh memaafkannya. Manusia itu tak sempurna sifatnya. Kalau semua orang bermusuhan, maka tak amanlah dunia. Cuba bayangkan, kalau suatu ketika dulu kita pernah bergelak ketawa, bergurau senda, kenapa hari ini kita nak memaki hamun? Cukup hanya sekadar berdiam, tidak berkata apa-apa. Itu lebih baik.


3. Terima hakikat bahawa jodoh kita dengannya tiada. Kita tak tahu masa akan datang. Siapa yang akan dipertemukan dengan kita. Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia terbaik, tetapi bukan terbaik untuk kita. Jangan merasa dia tak cukup baik bila kita sudah tidak bersamanya.


4. Anggaplah mereka itu kawan. Korang perasan tak, bila kita berkawan, kita jarang nak touching kan? Tapi, bila dah namanya couple, tengok dia senyum kat orang lain pun dah boleh buat gaduh 18 hari. Betul tak? Eleh, jangan tak ngaku pula.


5. Kenangan lama itu perlu. Kenapa? Sebab, orang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya. Pernah dengar tak? Oleh itu, mengingati kenangan yang ada tu kadang-kala mengindahkan suasana, tapi jangan sampai kenangan itu membunuh dalam senyap. Sebab ada orang bunuh diri bila putus cinta. Tu putus asa dan putus harap dekat Allah. Berdosa besar hukumnya.


6. Menambah kenalan. Kalau boleh yang lebih hensom atau lebih cantik daripada ex. Yelah, boleh berlagak sikit. Hahaha. Bukanlah. Bila kita berkawan, kita tak lah ingat sangat kat ex kita tue. Tambah pula, boleh lah kita cuba hubungan dengan orang baru. Tapi, bagi aku lah, better kenal jer dulu. Kalau rasa terjatuh cinta tue, diam saja dulu. Bukan tak nak pisang berbuah dua kali. Tapi, better stabilkan emosi dulu. Kalau ada jodoh tak ke mana.


7. Paling senang, buat macam aku. Ikut saja lah pilihan mak abah. Memula memang tak suka lah, benci lah. Tapi, restu orang tua tue penting. Bila mereka bahagia, kita akan bahagia. InsyaAllah. Kadang, kebahagiaan kita nie tak penting sangat berbanding kebahagiaan mereka. Itu pendapat aku lah. Even kadang dah jatuh hati dekat seseorang, diam-diam sudah. 


Yang lain-lain tips tue, fikir sendiri lah. Tak tahu dah nak taip apa. Pokok pangkalnya, kalau tak nak merana, jangan nak sedih-sedih sangat.

Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Di sebalik Ramadhan 15.

4 comments:

Unknown said...

Saya pon ada story....

http://najahmadi.blogspot.com/2010/12/my-story-putus-cinta.html

http://najahmadi.blogspot.com/2011/08/untuk-apa-dipertemukan-kalau-hanya.html

nanti jenguk2 la yer....

Rean said...

susah nak jumpa org yg ikut pilihan mak bapak ni hehe..

Zul fattah said...

haha.. malas aku nk pikir pasal cinta ni.. no love no pain..

KeCiK said...

Amboi, macam semanis kurma pulak.

Kemain.

:)