Thursday, September 29

Bila Sesekali Belek Kisah Silam, Ingatlah Duhai Hati Usah Ulangi Lagi


Waaaaaaaaa gempaX gila tajuk!
macam tak boleh blah je hu hu hu
tak apa kan, sebagai warm up
peeling meeling dua tiga saat la la la


Tak sedarpun masa terlalu cepat berlari
ketika aku buat entri untuk sertai 100 Penulis
bulan September 2010 masa tu
entri pertama aku pula bulan Disember
itupun setelah selesai semua langkah nak kena buat

pejam celik pejam celik dahpun setahun
dengan hanya 20 entri sahaja aku tampal
awalnya sangat teruja jadi editor
awal-awal lagi dah plan nak tulis apa
kemudian hidup jadi kelam kabut
kena selalu keluar untuk kerja luar
ke Kuching, KotaKinabalu, Langkawi
kemudiannya ke AchehDhaka
semua itu aku tampal dalam entri
kemudian lagi makin kalut hidup terlompat sana sini
ke Jerman sebenarnya tetapi merapu meraban
hingga jelajah Paris, singgah nikmati udara sejuk di Brusel
kutip tulip di Amsterdam pula
sebelum rasa dingin disimbah hujan di Frankrut
seluruhnya ambil masa 11 hari

itulah jadi titik mula
aku kehabisan kata-kata untuk tampal di sini
sepanjang 10 hari itu semua stok entri aku habis
ditampal di blog sendiri
hingga ramai tak sedar aku tiada di Malaysia pun
hingga entri di 100 Penulis terabai seketika

orang kata, sekali terbabas
akan ada kali kedua dan ketiga
taubat pun seketika sahaja ingatnya
bila rutin sudah berubah
kerapkali pula terlupa hari Khamis itu
ada masanya, entri dah siap taip pun
namun masih jua lupa untuk tampal di sini
tambah pula 100 penulis makin suram kala itu
dan hati, hangatnya tidak seperti dahulu lagi.

Kemudiannya, datang ke 100 Penulis pun tak sekerap dulu
apalagi jenjalan ke blog rakan editor
hanya sesekali sahaja mampu singgah
itupun kira baca sekali harung berminggu punya entri
aku tak salahkan admin andai ada rajuk di hatinya
(jangan merajuk lagi ya...tengah musim raya ni,
kami minta maaf ya...la la la)

Bila kembali semula
menatap 100 penulis bagai usang terbiar
macam rumah berhantu di tepi kuburan berteman beringin tua
tak siapa sudi melintas
dan hati, jadi terlalu sayu
merindukan betapa meriahnya villa ini satu ketika sebelumnya

memulakan semula
dengan hangat yang didampakan serupa dahulu
harapnya akan sentiasa kekal
tolonglah ingatkan andai aku terlupa
tolonglah kejutkan andai aku terlena
kerna aku kini mula jatuh cinta
dan terllau sayang untuk kehilangannya
Jommm...kita meriahkan semula villa 100 Penulis!



Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Senyum Ayumu Tak Laku di Mataku.

1 comment:

sayakayrulez said...

bnde yg silap kite buat dulu..
jgn diulang ulang lak