Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana masih diberikan kudrat untuk berkongsi buah fikiran di sini. Kali ini SiTukangTulis rasa teringin nak kongsi berkaitan tajuk en3 kali ini. Establishing the 'NOW' habit atau dalam bahasa melayu, Mendidik tabiat 'Sekarang' dalam diri. Apa yang akan dikongsi ini tidak lari jauh dengan apa yang sedang berlaku dalam diri SiTukangTulis.
Dari kecil, diri ini sudah terbiasa dengan 'sekejap'. Bila mak minta tolong pergi kedai..."sekejap mak", bila abah minta tolong basuhkan kereta... "Jap lagi bah". Bila kena buat kerja rumah atau sekolah..."Jap lagi lah". Sekejap dalam semua hal hinggalah dewasa. Hari ini SiTukangTulis teringat semua isu sekejap-sebentar ni lepas kena palu ketika mendengar khutbah jumaat... Khutbah yang membincangkan isu 'Time and Life' atau Masa dan Kehidupan.
Setelah tamat khutbah, pelbagai memori lepas datang menyapa sedikit demi sedikit akan apa yang pernah dilakukan dahulu. Sikit-sikit memori berlalu dan masa yang dibazirkan dikira sedikit demi sedikit...Astaghfirullah...banyaknya masa yang telah disia-siakan sama ada sengaja atau tidak. Dari sekecil-kecil perkara hinga isu yang memberi impak dalam perjalanan hidup ini. Bila difikirkan kembali, ia bukan sekadar isu Masa dalam Kehidupan, tetapi lebih tepat jika kita katakan Masa IALAH Kehidupan!
Persepsi kita sebagai manusia melihat masa sebagai entiti yang berlalu dan bertambah setiap ketika. Tapi bila kita lihat 'masa' sebagai kehidupan kita, nescaya kita sedar ia semakin pendek dari semasa ke semasa. Setiap saat dan ketika berkurang dengan apa yang kita lakukan tanpa kita sedar. Hingga satu ketika, kita teringat masa lalu...memori yang lepas...atau lebih mudah kita nyatakan...KEHIDUPAN kita yang sudah terlepas. Terlepas untuk melakukan perkara yang bermanfaat dan kita menyesal selama-lamanya. Terlepas untuk menjadikan setiap entiti masa/kehidupan kita dengan mencari keredhaan Allah!
Sungguh...diri ini telah menzalimi kehidupan sendiri. Apalah gunanya kaya dan terkenal, bila kita mati dalam keadaan keduanya tidak memberi 'keuntungan' untuk akhirat kelak. Syaitan dan Iblis sungguh bijak, mereka tidak menghasut kita untuk meninggalkan sesuatu secara jelas. Mereka menggunakan senjata berbisa yang kita guna seharian...'sekejap'. Bagaimana kita sering melengah-lengahkan kerja kita, amalan kita dan sudah pasti solat kita. Sedikit demi sedikit kita hanyut dengan 'nikmat' sekejap...Baru pukul 5pg, awal lagi. Subuh habis 5.30pg...kejap lagi bangun solat terus tak tidur dah. Jadi tidurlah dulu...KEJAP lagi bangun...Eh! pukul 7pg dah! tetinggal bas jap lagi!
Agaknya berapa kali kita gugur dan gagal dikalahkan syaitan, iblis dan nafsu 'sekejap'? Khatib sebut lagi..."How many lives do you think you have? ONE...only ONE my brother!". Tapi sudah berapa kali kita gugur dengan solat kita? Astaghfirullah...Ya Allah, bantulah hambamu ini...Pernah sesiapa rasa hidup ini kosong dan membosankan? Atau kita kata...tak cukup masa nak buat kerja...tak cukup masa nak buat eksperimen...atau tak sempat nak menulis...atau tak sempat nak solat?!! Wajarkah? atau kita yang tidak memanfaatkan masa?
Setiap tahun kita akan ada kursus Time Management atau Pengurusan Masa...Tapi benarkah? Masa yang perlu diuruskan atau diri kita yang perlu pengurusan? Bukankah lebih tepat jika kita guna Self-Management atau pengurusan diri?Tiada siapa boleh cipta, kawal dan selia masa selain Allah. Tetapi kita sebagai manusia Allah lengkapkan dengan kebolehan untuk memilih. Dan kita sering memilih untuk melengahkan masa...Kerana kita manusia yang 'lupa'. Lupa bila Allah bersumpah demi Masa untuk memberitahu manusia senitiasa dalam kerugian! Malangnya kita masih berani melakukannya?
Wahai sahabat rakan dan taulan...sudilah menegur dan mengingatkan SiTukangTulis bila diri ini mensia-siakan masa...mensia-siakan kehidupan. Kerana Allah telah menyatakan, hanya mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan untuk kebenaran dan kesabaran sahaja dikira sebagai golongan yang tidak rugi.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
No comments:
Post a Comment