Sepanjang Ramadhan
bukan main lagi
jaga makan segala
kemudian rasa seronok
bila meter timbangan berkurang
berat badan turun 2-3
kg
Bila Syawal menjelma
semua itu musnah
sekelip mata
mencanak aje meter
timbangan naik
kalau boleh rasa nak
elak je naik penimbang
hati sangat tak
sanggup nak tengok
berat badan bertambah
berganda-ganda
bukan sahaja 2-3 kg
apa tidaknya
merata tempat orang
buat rumah terbuka
belum kira lagi
pejabat
belum campur lagi
persatuan
atau kawasan kejiranan
yang perlu berarak 4-5 buah rumah
setiap malam di hujung
minggu
entah manalah nak
letak makanan tu
semput sangat dah
udarapun dah tak ada
ruang lagi dalam usus
Nak tolak ajakan orang
memanglah sangat tak
wajar
dah pergi rumah
terbuka tu
bukan sekadar sebuah
dua
dah hujung Syawal ni,
makin rancak lagi pula
tak kan nak tengok
saja makanan terhidang
tak makan kang...rasa
hati tuan rumah
kalau masakan sedap,
kang diri sendiri pulak kempunan
dah makan
kang...terlupa lah pula nak berhenti
apalagi kalau jumpa
makanan yang kita suka
sesekali sahaja
munculnya
kan dah rugi kalau
hanya pandang tanpa disentuh
dah makan tu pulak,
bukannya nak kira
berapa kali bertambah
singgah 4-5 buah rumah
dah ketat pinggang
kebaya dipakai
akhirnya...dietku pun
terburai
Ohhhhhhh! sangat sadis
keadaan itu!
Mengenai Penulis Entri Ini :
No comments:
Post a Comment