Friday, September 23

Kenapa 'MELAYU'


Assalamualaikum...

Alhamdulillah, kali ini SiTukangTulis terpanggil untuk berkongsi buah fikiran selepas sahabat berkongsi satu video youtube di Facebook. Mari layan dulu sebelum kita bincangkan.



Bila tengok muka cun, mesti ramai (lelaki) yang terus mainkan video. Jadi mana yang rasa diri lebih cun dari dalam video dan terus baca, tolong patah balik dan mainkan video. Tiada kaitan dengan kadar cun-melecun kali ini. Hehehe. 

OK, lepas tengok video ni, macam-macam perasaan akan ada. Gembira, bangga, malu, sedih dan janggal. Gembira dan bangga kita boleh faham. Tapi kenapa sedih? kenapa malu? dan kenapa janggal? SiTukangTulis tertanya-tanya, apa rahsia disebalik 'MELAYU', kenapa gunakan satu perkataan yang memberi makna negatif untuk menggambarkan suatu bangsa. Jika dibandingkan dengan cina, india, indonesia, amerika dan sebagainya. Hanya MELAYU menggambarkan sifat negatif untuk bangsa itu. Maka ramailah yang mengandaikan bangsa kita ini tak cukup hebat. LAYU dalam semua perkara (ilmu, teknologi, politik, agama dan sebagainya) maka sebab itulah namanya MELAYU. Adakah ini benar? Pernah bertanya pada diri sendiri kenapa guna MELAYU dan tak MALAYSIA?

Hakikatnya, ramai daripada kita hanya tertumpu kepada makna fizikal perkataan MELAYU tersebut dan tiada usaha memahami isi tersirat di sebalik penggunaannya. Jika rajin mencari di Google, mesti banyak maklumat menarik yang akan kita jumpa tentang bangsa kita, bangsa MELAYU. Tapi, SiTukangTulis tidak ingin menggunakannya sebagai rujukan kerana was-was dengan keasliannya. Apa yang ingin SiTukangTulis kongsi berkenaan kenapa ME-LAYU.

LAYU boleh difahami berkaitan dengan sifat lemah, tidak berupaya, dan banyak lagi. Tapi ini hanya maksud fizikal LAYU itu sendiri. Tetapi, kenapa gunakan ME- di depan yang merujukkepada perbuatan sengaja/sedar? ME-LAYU secara jelas membawa maksud bangsa melayu secara SENGAJA menjadi LAYU. Kenapa? LAYU kerana diri ini sememangnya lemah dan tunduk terhadap kekuasaan dan ketentuan Allah SWT. Sengaja merendah diri dan mengalah kepada kuasa yang lebih besar...kuasa Allah SWT. Konsep patuh dan taat melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan larangannya adalah sama dengan konsep sengaja melemahkan diri, merendahkan diri, mengaku kelemahan dan sewaktu dengannya. Semua proses ini dilakukan dengan SENGAJA dan bukan kerana sifat hakiki lemah dalam segala hal. Akhirnya, ia akan membawa satu kesimpulan bahawa bangsa MELAYU adalah bangsa yang bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah, menjadikan ISLAM sebagai cara hidup dan ia tidak sama dengan apa yg kita fahami kini. Sekali lagi SiTukangTulis tanyakan, Kenapa kita bangsa ME-LAYU?

Seterusnya, SiTukangTulis tertanya, di mana dan bagaimana konsep MELAYU yang dibincangkan di atas wujud dalam diri sendiri? kita cuba lihat adat dan adab bangsa melayu ketika dididik semasa kecil. menghormati orang tua, melayan tetamu, baju kurung dan baju melayu, makan dengan tangan, balik sebelum maghrib, dan segala macam tatasusila yang diajar oleh ibu bapa kita. Berikan SiTukangTulis alasan dimana adat dan adab yang disebutkan bertentangan atau dianjurkan Islam? Baju kurung (Tak termasuk yang ketat-ketat) dan baju melayu kita direka berdasarkan konsep patuh dan taat. Untuk it, SiTukangTulis ambil sedikit petikan daripada novel karangan Faisal Tehrani, "Manikam Kalbu". Baca dan fikirkan.
Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.� Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim. - Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.� Sultan Muhammad Syah amat teruja. Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.� Sultan Muhammad Syah bersuara, �Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.� - Dia teringat kata neneknya, "jika ada orang mengejek, ajari mereka. Pelajaran menutup aurat dan memakai baju itu ialah pelajaran pertama yang dipelajari oleh Adam dan Hawa setelah diturunkan ke bumi dari syurga Sultan Muhammad Syah menghembus hingus, mengesat air mata. "Pak Habib, adapun busana itu cermin iman. Cerminnya Akhlak, cerminnya tamadun, cerminnya bijak. Tinggi ilmu sesuatu bangsa diukur pada busananya. Busanalah petunjuk dan pedoman kita nak menilai hebat atau tidak, halus atau kasar budaya. "Tuanku, apabila kita mengenakan pakaian, tujuan kita adalah untuk menutup aurat, melindungi tubuh dan aib, dan mengingatkan bahawa jasad ini kepunyaan Tuhan sepenuhnya dan diri yang dibawa ini tidak lain tidak bukan adalah pinjaman yang bersifat sementara maka haruslah kita ini sebagai abdi Tuhan bijak memelihara diri. Moga Novel ini dapat memberikan satu gambaran asas kepada peri penting busana bukan sahaja untuk bangsa melayu tetapi kepada agama Islam khususnya dalam mengangkat martabat kaum hawa. ""Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah." (HR. Muslim)
Ketika kita sibuk memperjuangkan hak-hak orang MELAYU dan menjunjung slogan "Hidup MELAYU!!!" Identiti MELAYU kita dirobek dan ditelan sedikit demi sedikit oleh arus kemodenan. Disebabkan kita takut dengan bahana kemunduran, banyak adat dan adab melayu berasaskan Islam kita tutup dengan topeng 'kemajuan'. Kerana risau dipandang tak berfesyen, macam-macam kita buang dan kurang. Kerana ego tak bertempat, hilang budi pekerti dan kesantunan kita. Adakah ini benar? Cuba kita selidiki dengan 5 pancaindera kita. Benarkah kita 'maju' atau tertipu? Pernah tak kita terfikir, bahawa secara tidak sengaja, bangsa melayu sendiri sedang mengikis identiti MELAYU itu sendiri?

Satu perkara lagi, kenapa bila saudara baru 'kembali' memeluk ISLAM ada yang mengistilahkan masuk MELAYU? Benarkah mereka perlu menjadi MELAYU dan meninggalkan adat istiadat mereka? Satu perkara yang perlu dijelaskan, apabila kita menjadikan Islam sebagai cara hidup, segala adat-istiadat, kebiasaan dan amalan yang berlawanan dengan apa yang Allah dan Rasul perintahkan mesti ditinggalkan. Jika tidak, ia boleh saja diteruskan. Kedua, sebahagian besar adat, amalan, pemakaian dan sebagainya dalam bangsa MELAYU seiring dengan apa yang Islam anjurkan dari segi pemakaian, adat-kebiasaan, amalan dan sebagainya. Tetapi tak dinafikan ada yang masih tidak selari dengan Islam dan ia perlu dimurnikan lagi. Walau bagaimanapun, segalanya kembali kepada intipati ajaran Islam dan bukan MELAYU. Perkara ini perlu jelas agar ia tidak disalah fahami oleh masyarakat MELAYU sendiri yang memandang serong mereka yang memeluk Islam dan tidak mengikut jejak masyarakat MELAYU. Cara hidup berteraskan ISLAM lebih utama daripada MELAYU. 

Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.

No comments: