Assalamualaikum...
Alhamdulillah, sekali lagi berpeluang menulis di sini. Pasti ramai yang tahu CEO Apple baru meninggal dunia. Secara jujurnya, SiTukangTulis tak pernah amik kisah siapa CEO Apple, siapa Steve Jobs dan apa yang dia buat. Tapi kenapa tetiba SiTukangTulis ingin berkongsi pasal Steve Jobs ni? Dah beberapa hari SiTukangTulis dengar cerita pasal Steve Jobs dapat cancer dan sebagainya selain daripada dia sebagai CEO Apple. Jadi bila dapat tahu cerita Steve Jobs meninggal hari ini, ramai pula yang post pasal kematian dia. Tetapi ada satu video ucapan Steve Jobs di University Stanford graduation day yang sangat menarik bagi SiTukangTulis.
Dalam ucapan ni, Steve Jobs hanya bercerita kisah hidup dia. Uniknya, dia telah membahagikan kisah hidupnya kepada 3 bahagian Connecting dots, Lost and Love dan Death. Video ucapannya agak lama tetapi amat berbaloi untuk didengar. Setiap satu kisah hidupnya mempunyai pengajaran yang bermakna kepada kita semua. Ia bukan sebab Steve Job CEO Apple atau kekayaan yang dia ada, tapi cara pemikiran yang sangat unik dan menarik. Cubalah ambil masa dengar ucapannya...
Pengajaran yang patut diambil dalam setiap kisahnya.
- Segala perancangan yang kita lakukan pada hari ini untuk masa depan kita hanyalah satu imiginasi yang ingin kita capai. Kita perlu percaya apa yang kita peroleh hari ini pasti ada hikmahnya untuk diri kita. Apa yang penting adalah untuk melakukannya dengan sehabis baik dan redha pada ketentuan Allah. Tiada guna kita gagal dalam periksa atau kerja kita dan kita mempersoalkan Allah...Nauzubillah. Usaha sehabis baik dan bertawakkal pada Allah. Jika kita lakukan sesuatu dengan separuh hati...kita telah memilih yang kurang baik berbanding yang terbaik. "We can't connect the dots by looking forwards, You can connect them by only looking backwards".
- Untuk berjaya, kita perlu lakukan apa yang kita suka. Tapi bukan itu sahaja, kita lakukan apa yang kita suka dan ia mungkin bermanfaat untuk orang sekeliling kita. Barulah kita rasa puas dalam apa yang kita lakukan dan percaya kita dah lakukan yang terbaik...dan sekali lagi, perlulah bertawakkal pada Allah..."To do what you believe is great work and to do a great work, you got to love what you do"
- Jangan takut dan risau terhadap kegagalan dan kekalahan, kerana Allah menciptanya sebagai satu kaedah untuk mendidik manusia untuk menjadi insan yang lebih baik. Pengalaman mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari. Jika kita lemas dalam kejayaan, kita akan jatuh berderai apabila menghadapi kegagalan. Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan jadikan ia titik permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. "The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again"
- Sentiasalah mengingati mati...Nabi Muhammad pernah mengingatkan umatnya, manusia yang paling bijak adalah mereka yang mengingati mati. Dan ini sangat tepat dengan apa yang Steve Jobs kongsikan." Remembering that you're going to die, is the best way I know, to avoid the trap of thinking that I have something to lose"
Mari sama-sama kita fikirkan dan amalkan mana yang baik dan menjadi teladan.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Si Tukang Tulis juga penulis untuk blog Furdunesia@nline. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Si Tukang Tulis. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah TAJUK LATEST POST BLOG ANDA.
3 comments:
Takziah bagi keluarga mendiang ..kecian tengok die ..tak sempat melihat kemasyuran die sebelum iphone 5 dilancarkan huu
Memang kesian, tapi dia telah berjaya meninggalkan legasi yang akan disebut-sebut selama manusia menggunakan apple :)
ucapan takziah utk famly dia....;d
Post a Comment