Friday, October 14

Kenapa Kita Tak Dapat Apa yang Kita Nak

Artikel ini adalah sumbangan dari CikTomyam

Tetiba rasa nak jadikan blog ini sebagai blog motivasi..erkk..macam tak layak ja kan..haha. Tapi bila CT tengok balik banyak juga entry yang ada konsep motivasi, sindiran yang kena batang idung sendiri. Sebenarnya, entry yang ditulis adalah daripada pengalaman yang dilalui CT dan juga apa yang dirasakan yakni daripada pandangan dan pendapat CT. Tak salahkan berkongsi perkara macam tu kat blog sendiri. ( Blog aku suka hati akulah =p ).


Kadang-kadang kita mesti pernah terfikir sebab apa kita selalu ja dapat apa yang kita nak kan? Tapi selalu ja dapat apa yang kita tak nak. Bila jadi macam tu, rasa stress dan nak gila, oh psikogila betoi. Tambah-tambah pulak yang kita dapat tu memang menyusahkan kita dan kita benci.

Sebagai contoh, kita nak pakwe yang hensem, berkulit sawo matang, tinggi, badan tegap, romantik, ala-ala k-pop/ gay-pop. kita tak nak pakwe tak hensem, hitam dan gemuk, muka lak pecah-pecah dan nerd..oh dem..!! Tapi kita dapat pakwe macam tuuuuu..!!! Ahhhh aku lak yang tensen tulis pasai nie..hoho. Lepastu, tah macam mana kita dapat pakwe macam tu....tapi hati dah terpaut, bila dia (pakwe tak hensem, pendek, gemuk itu) tak da dalam hidup, rasa tak leh blah, mesti rindu, down, tak da mood dan..dan..dan...Ahhh, kenapa kita rasa yang kita ni memang dah jatuh hati dan bersedia menerima lelaki tak hensem, pendek, gemuk dan hitam itu? Ahhhh.... kenapa kita tak dapat apa yang kita nak?

Tapi, kita dapat apa yang kita tak nak...???

Kalau hangpa semua nak taw, benda cam ni lah jadi kat CT taw, banyak benda dalam hidup, bukan di atas sahaja, nak CT listkan? alamak..malu nak cakap semua benda tuh... Next entry keh? huhu...~~

Nah, baca potongan dalil Al-quran nie,:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah. Al Baqarah:216)

Jom singgah : http://akusukatomyampedas.blogspot.com

1 comment:

Run Away said...

betul tu kekadang pengalaman kita nak share kat sume owg..tapi yang terasa tu kira nasib lah kan...;d