Showing posts with label Contributions. Show all posts
Showing posts with label Contributions. Show all posts

Saturday, October 5

Couple?

Artikel ini adalah sumbangan dari Hafizatul Adawiyah

PERTEMUAN pada saat itu menimbulkan bait-bait cinta dalam hati anak adam.. meski terlalu mentah untuk mengenal dan memahami apa itu cinta, namun perasaan menolak mereka lebih dalam untuk mengetahui apakah itu cinta...

Ustazah : assalamualaikum semuanya
murid : waalaikumsalam ustazah...
Ustazah : hari ini saya nak berkongsi dengan kamu semua tentang couple..
murid : kenapa nak cakap fasal couple pula ustazah?
Ustazah : kamu tahu tak apa hukum couple...
murid : tak tahu... kenapa kita tak boleh couple ke ustazah?
Ustazah : baiklah sekarang saya tanya kamu, masa kamu couple.. kamu rindu tak dengan pakwe atau makwe kamu?? masa couple... kamu pasti selalu sms dengan pasangan kamu kan... masa kamu couple.. pasti kamu selalu berbual dengan mereka hal-hal yang tak penting kan... itulah dia.. mengapa dalam alquran ALLAH mengatakan:

JANGANLAH KAMU MENDEKATI ZINA 

murid : tapi couple bukannya zina...
Ustazah : kamu rasa... dari mana datangnya zina.. kalau tidak melalui couple.. mula-mula kenal.. lepas tu bercinta.. lepas tu... kamu tahu sendirilah kan..
MURID : ustazah.. jadi apa hukumnya couple??
ustazah : hukumnya HARAM murid-murid..




Friday, October 4

Cara Menghadapi Dugaan Hidup.

Artikel ini adalah sumbangan dari ESPIRANZA

hidup ini indah..andai kita memandang dan melihatnya dengan indah..

hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan..

bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat..

renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini..

demi menenangkan hati yang celaru..

demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan..

supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini..

dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..

" Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..
melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU "
( Adz-Dzariyat 51:56 )


Thursday, October 3

PILIHAN

Artikel ini adalah sumbangan dari Melati Atie

Terinspirasi dari drama "Lembut bukan lelaki" aku menyedari hakikat mengenai pilihan-pilihan dalam kehidupan kita. Klausa 'bijak' bukan bermaksud kita harus menjadi prejudis apalagi paksaan untuk harus jadi bijak tapi bagaimana kita melihat "membuat pilihan" itu sebagai satu kemestian.Bukan menjadi satu dosa tepu jika kita selalu silap membuat pilihan, paling penting bagaimana kita belajar daripada setiap keputusan setelah membuat pilihan dan berasimilasi dengan pilihan yang kita buat untuk terus hidup dengan keredhaan Tuhan. Itulah antara tanda bijak.


Dalam kehidupan ada pilihan. Kita selalu diberi peluang untuk membuat pilihan. Itulah proses kehidupan. Frasa ini terkandung konotasi yang menuntut kita untuk selalu jadi bijak. Memilih dan membuat pilihan adalah segmen hidup mengikut putaran masa dalam fasa kehidupan.


Friday, September 14

MyDistress App

Artikel ini adalah sumbangan dari Antumai

Hari ini saya nak kongsikan berkenaan dgn satu aplikasi atau app yang sungguh berguna. Walaupun ia dah dikeluarkan dari tahun lepas lagi tapi kali ini dengan versi baru.

MyDistress App merupakan salah satu iniasitif Polis Selangor dalam memerangi jenayah dan adalah app yang berguna semasa kecemasan dimana anda hanya perlu klik "On" dan ia akan dihubungkan ke Command Center dan polis akan bertindak segera dengan menghantar anggotanya ke lokasi anda.

Bagaimana pulak mereka tahu lokasi anda? kan handphone skarang dah canggih, yang ade GPS dalamnya. App nie mengunakan kebolehan yang sama macam kalo guna GPS untuk memandu arah, saya masih lagi mengunakan handphone saya ( dah install ngan app GPS, macam Papago or Garmin tue) kalo sesat :)

Menarik bukan? dengan hanya satu butang aje, polis datang ke lokasi anda tapi awas jangan lak ade yang suka2 tekan butang tue. Ade baca berita masa app ni mula diperkenalkan ade pengguna saje2 tekan, bila ditanya mengapa buat macam gitu, katanya nak tengok betul ke aplikasi ni bole guna (Aduhai).

Ia hanya digunakan untuk kecemasan aje ye bukan masa anda mengalami kemalangan kecil atau nak minta tolong abang polis alihkan anak kucing (sebagai contoh). Hanya dalam situasi bahaya dan kecemasan serta memang perlukan abang polis datang.

Pengguna smartphone (Iphone, Android, BB) bole la download app ni kat store anda ye. Selain dari app yang anda ada, ape kata download yang nie dan mane tahu anda memerlukannya satu hari nanti.




Saturday, August 25

Nafsu Muka Buku (Cinta Muka Buku Islamic Version)

Artikel ini adalah sumbangan dari Mursyidaazzahra

Walaupun agak lama dah video ini di upload tapi ia bagi saya inpirasi
..buat saya untuk menulis

Cinta Muka buku Vs Cinta Kalam Illahi

Adakala Hati terasa mahukan seseorang

Adakala hati terasa sunyi

Adakala Hati terasa kenapa ku tidak seperti yang lain

bercouple dgn vs jantina


kini ku tahu bahawa seandainya ku memberi Cinta ini kpd Si dia Mungkin kah
ia terima diri ku

kini ku tahu Hanya yang perlu di hati hanya Cinta yang maha esa

Syair-Syair Para Pemburu Ilmu


kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya.

Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.

Indahnya pemandangan dan suasa malam gembira,

takkan pernah menggoyahkan tekadku.

Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.

Tapi,kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.

Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.

Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya.

Tuesday, August 21

Jentayu Di Melbourne

Artikel ini adalah sumbangan dari Limau Daun Merah

Hashim tidak senang duduk. Dia tiba terlebih awal kemedan selera ini, sekarang dia terpaksa menunggu. Lima minit lagi, fikirnya.

Dia melihat ke sekeliling, mencari-cari wajah yang dapat dikenalinya. Dia perasan ada beberapa pelajar perempuan bertudung labuh di penjuru jauh medan makan, tapi dia tak cam mereka siapa.

Meja-meja lain mula beransur diisi penuh, hanya meja yang dia duduki sahaja masih lagi kosong dicopnya seorang.

Dia melihat pada jam di dinding, sudah 2 minit lewat dari masa yang dijanjikan. Dia mula sedikit resah.

Dia membuka begnya, mencari-cari buku atau kertas, atau pen, atau apa saja yang boleh mengisi masa menunggunya ini. Dia membawa keluar barang, meletakkannya semuka ke dalam bag, seolah tidak keruan.

"Sorry, sorry I lambat,"



Saturday, August 18

Buat Baik Jangan Sekali,Buat Jahat Berpada-pada

Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling baik kepada yang jahat
pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar

hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
nun di akhirat.nun di syurga firdausi
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.

benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz
masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.



Wednesday, August 15

Uhibukifillah

Artikel ini adalah sumbangan dari khadijah mustafa

Suasana Gembira tiba2 berubah seratus peratus.Aku menoleh ke kiri melihat Ukhti Munira menangis teresak2 , Sahabat ku yg lain wajah bertukar ..sugul ..menjelma . Ku lihat sekujur Tubuh di atas katil empuk . Siapakah dia ? . Aku membisu keadaan itu membuat ku terpana . Ukhti munira cuba mententaram kan sahabat ku Winda . Tapi kenapa ?? Soalan itu terjeda . Mereka yang lain hanya diam seribu bicara . Mungkin kah dia ?

...........

Pagi itu aku lihat wajah yang sungguh menenang kan . ia bukan seperti apa yg ku mimpikan . Aku terasa ku ingin memeluk tubuh yg berada dihdpan ku . Ku memandang dirinya yg sibuk dengan kerja-kerja rumah . Mata ku bertentang dgn nya . Sejurus kemudian setelah siap membersih kawasan bilik air . Tubuh itu bergerak menghampiri ku . lantas menepuk bahu ku .

Monday, August 13

Kisah duit, tayar dan gigi.

Artikel ini adalah sumbangan dari Zoelisme

Hari ini empat belas haribulan dua. Ramai orang sangat excited nak menyambut Valentine day walaupun ramai yang tahu kita sebagai umat Islam haram menyambutnya.

Aku langsung tak heran sebab aku single (puuiii) dan kalau aku berpasangan pun, aku tak akan sambut jugak. Kan dah cakap tadi, HARAM!

Apa yang aku kisahkan hari ini ialah pukul berapa aku nak pergi betulkan motor aku yang tersadai jauh dari rumah. Dalam masa 3 minggu ni,sudah 3 kali jugak tayar motor buat hal. Tayar pecah, kena pisau dan yang terbaru aku tak tahu kenapa sebab tak pergi check lagi.

Dalam masa 3 minggu ni jugak, gigi aku buat hal. Jumaat lepas berjaya jugak aku selesaikan masalah gigi ni. Apa lagi, pergi cabutlah. Puas hati aku. Kalau setakat sakit gigi je tak apa, ni sampai tangkap kepala, kacau kerja, kacau mood dan paling tak best kacau waktu tidur aku. Haish!

Dah, aku nak tidur. LOL

Singgah ke blog penulis : http://zoelisme.blogspot.com/

Sunday, August 12

Aku Bukan Lelaki Yang Kau Cintai

Artikel ini adalah sumbangan dari Merrah

Salam dan selamat sejahtera, anggaplah aku seorang LELAKI...melafazkan rasa yang terpendam..

Walau hilang segumpal emas tidak sesekali terasa kehilangan jika dibandingkan dengan perasaan di saat aku kau buang kerana bagimu aku bukan lelaki yang kau cintai.

Katamu aku bukanlah lelaki yang setaraf walau telah bertahun menyulam cinta dan dengan persoalan di manakah tahap kasih sayangmu padaku.

Saturday, August 11

Jangan Share Lagi

Artikel ini adalah sumbangan dari MrsFarahZaki

Ermmm...Korang pernah tengok tak orang share gambar2 baby pecah perut... baby meninggal kena buang merata-rata, kemalangan ngeri pecah sana pecah sini hancur sana hancur sini.. Selalunya kt FB la orang yang rajin-rajin share gegambar gini... video pun tak kurang gak laa.. Aku dah lama tak berkenaan sebenarnya.. Pada aku tak payah la kita nak share benda2 tu.. Kesian tu memang la kesian.. Aku tau rakyat Malaysia nie prihatin...korang share dengan niat nak jadikan pengajaran,.. 


Friday, August 10

Sugar Glider ada baby (Joey)

Artikel ini adalah sumbangan dari miss nadya

Assalamualaikum peeps!

Tahu tak Nad pening-pening dan rasa macam mual nak muntah. Rupa-rupanya Nad punya sugar glider dah ada Joey(Baby). Hari pertama dapat Sugar Glider - 15/12/2011


Kesimpulan untuk kawan-kawan,jangan main hentam je. Nad memang banyak buat research tapi Nad masih Newbie menjaga Sugar Glider. Even Nad baru jaga 2 bulan,Nad perlu cari banyak lagi kajian tentang Sugar Glider ni..:)


: Gambar Joey tiada sebab tadi Nad ingat dia nak makan anak dia. Terus Nad message Farhana sebab Nad tiada pengetahuan tentang Joey..:)
Special thanks too Farhana sebab sudi beri tahu Nad..:)
Menggigil ketakutan Nad tadi..:(
Farhana juga menyuruh Nad up makanan untuk mereka..:)
Text From Farhana ::
Double up kan dos makanan, especially sumber protein.:)

Jadi Makanan Untuk Memberikan Protein Kepada Sugar Glider ::
Semua gambar pinjam dari Fan Page :: SUGAR GLIDER MALAYSIA FAN CLUB

Singgah ke blog penulis : http://www.nornadiah.com/

Thursday, August 9

Kisah Ketulan Di Dada

Artikel ini adalah sumbangan dari Rabia Sensei

Saya just nak share sikit pasal ketulan di salah satu breast saya. Memanglah kalau nak diikutkan topik yang nak diceritakan ini agak malu sikit nak dikongsi. Tapi kalau tak cerita, macam mana kita nak tahukan? Macam mana kita nak tahu atau tidak yang kita ini sihat walafiat sepenuhnya. Untuk makluman, breast cancer bukan sahaja berlaku pada perempuan sahaja, lelaki pun ada. So, kita semua kenalah ambik tahu. Tak kiralah anda lelaki atau pun perempuan. 

FYI, sejak dulu lagi saya biasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jadi bila ada kelainan itu, saya dah boleh agak ada ketulan di breast. At first memang takut sangat-sangat bila rasa ada benda moving di breast. Macam mana kalau lump tu adalah cancer? Stage 3 atau 4 ker? Hidup saya pasti akan berubah 360 degree.

Wednesday, August 8

Pilihan Di Tangan Anda Wahai Wanita

Artikel ini adalah sumbangan dari GreenRyder

Pilihan Di Tangan anda - mcm mengundi,tapi xde kena mengena dgn PRU @ MLM Final...hehe

Dalam memilih teman wanita, kebanyakkan lelaki akn memilih wnita yg hot, seksi dan pakej jika wnita tsbut sorang yg sosial...baru best katanya...

Namun, jika disoal isteri pilihan mereka, rata2 akn memilih yg solehah, sopan dan sebagainya.... Mengapa???


Tuesday, August 7

B o d o h!

Artikel ini adalah sumbangan dari Zoelime

Kesudahannya sehingga malam semalam memang tak ada jemputan untuk open house pun. Haish..

Petang semalam aku keluar dan terus roger budak-budak & ajak tengok wayang.

Johnny English-Reborn.

Lawak gila. Sepatutnya aku nak review filem ni untuk entri kali ni tapi aku terpandang surat khabar kat bawah meja dan aku nampak ....


Monday, August 6

Rules and Regulations

Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day

''bang tolong bang,jangan pukul saya bang''
''baru sekarang kau nak merayu JANGAN ! tadi aku mintak elok-elok,bukan main kau berdrama hebat ! nah rasakan''

Hayunan buku lima tepat di mata kanan.peritnya terasa hingga ke saraf.

Thursday, January 12

: Kenapa La Aku Tak Pandai Main Gitar..

Artikel ini adalah sumbangan dari Daddydian

Sebelom aku mulakan sembang merapu aku harini aku nak korang cek link ni dulu.. [ http://daddydian.blogspot.com/2010/12/mov02561-normanandfriends3.html ] .
Nampak tak aksi aku bersama band yang masih wujud tapi dah tak bersatu.. kumpulan "4 NON BLIND".
Kat sini aku nak kasi pecah tembelang aku .. Sebenarnya aku tak pandai main gitar.. Pegang gitar boleh lah.
Kt dalam video tu aku poyo je pegang gitar.. mmg mcm haramjadu!


Aku pernah belajar dulu masa budak2 kt kampung. Tapi tak pandai2 mungkin jari aku ni keras sgt dan rasanya mcm jejari aku ni kontot je nak tekan tali carik key.. Masa zaman tu kt kampung aku ni ada budak2 band yg ada studio sendiri kt umah dorang. Selalu gak lepak dgr brader2 rock kapak ni kat jembatan ataupon kat tembok simpang pekan. (kalau ada kerete terbabas sure meninggal kitorang kene sebat...) mcm ler takder tempat lain dan kenapa mesti di tepi simpang pekan? Tujuannya adalah sambil mengorat awek2 balik keje mostly minah kilang. Ni zaman 80s - early 90s k..


Wednesday, December 28

Sketsa Kehidupan

Entri ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

You'll never enjoy your life,
living inside the box
You're so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Matanya masih lagi melihat ke luar.masih lagi mengharap satu kelibat yang mungkin tidak akan tiba. Pada kelibat itu dia bergantung nasib, bersandar harapan.kakinya dilunjurkan ke hadapan.minyak gamat dicapai lantas penutup merah di buka.

Titisan demi titisan minyak gamat jatuh di kaki mudanya.seperti air matanya yang jatuh menghentak lantai. Diusap perlahan kakinya. Kakinya yang dulu gah kemana saja. Kini kaku di sisi katil.

Rumah kotak itu menjadi tempat dia berlindung hujan panas. Sekilas dia mendongak ke atas. Ternampak sedikit lubang di hujungnya. Tanda atap bocor. Dengusan kedengaran. Matanya kembali melihat ke luar jalan. Masih lagi menanti kelibat itu.

Friday, October 21

Kita nih same jee...

Artikel ini adalah sumbangan Alif Tarmizi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, ketika baru pulang dari kelas, saya telah terserempak dengan seorang pakcik yang cacat penglihatannya. Dia begitu tabah sekali mencari rezeki. Saya terserempak denganya ketika di stesen LRT Masjid Jamek. Begitu sebak saya melihat perwatakannya. Walaupun beliau cacat penglihatan, namun dihatinya tidak langsung terlihatkan sedih atau menyesal.



Thursday, October 20

Sakaratul Maut

Artikel ini adalah sumbangan oleh Lenggang Kangkung

Sakaratul maut ialah suasana atau keadaan ketika hampir kematian.
Setiap kita akan menghadapinya pada suatu masa nanti.
Sakaratul maut adalah suatu keadaan yang sangat sukar dan menyakitkan.

Nabi yang mulia pun merasa sangat sakit ketika menempuh sakaratul maut.

Daripada Aisyah Radhiallahu anha berkata: "Aku melihat Rasulullah saw. sedang menghadapi sakaratul-maut dan di sisinya ada sebuah mangkuk berisi air, kemudian beliau memasukkan tangannya kedalam air sambil berdoa : "Ya Allah! berikanlah pertolongan kepadaku untuk menghadapi kepedihan mati dan sakaratul-maut". (Riwayat Tirmizi)

Singgah ke blog penulis : http://lenggangkangkung-my.blogspot.com