Friday, November 18

beza orang positif dan negatif


salam jumaat, salam penghulu minggu...dan salam musim cuti sekolah...agagaga...tang coti2 tuh den suko bonar eh...tak dapek den nak gombarkan acanno eh...suko gumbira girangnyo hati den...

sobolum coti start lagik den dah bersusun dah perancangan den nak buek po sepanjang cuti sekolah nih, almaklumlah, den terselamat dari menjadi pengawas peperiksaan spm utk kali ni, tahun dopan...ha...menjawab la ekau dopan budak2 spm tu ha...jadik, jatuh hukum wajiblah ke atas den ni ha untuk menjalani coti2 nih dengan penuh kenikmatannya...ahaks...

alang2 coti ni ha, den nak kongsi satu artikel yang den copy dr kawan dari fb, huih...zaman fb nih, sume bondo copat tersebar...baguih la kan...



beza orang Positif dengan orang negatif

Orang Positif selalu jadi sebahagian dari jawapan;
Orang negatif selalu jadi sebahagian dari masalah.

Orang Positif selalu mempunyai perancangan;
Orang negatif selalu mempunyai kambing hitam.

Orang Positif selalu berkata, “Biarkan saya yang mengerjakannya untuk anda”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu bukan pekerjaan saya”;

Orang Positif selalu melihat jawapan dalam setiap masalah;
Orang negatif selalu melihat masalah dalam setiap jawapan.

 Orang Positif selalu berkata, “itu memang sukar, tapi kemungkinan boleh”;
Orang negatif selalu berkata, “Itu mungkin boleh, tapi terlalu sukar”.

Semasa Orang Positif melakukan kesalahan, dia berkata, “saya salah”;
Semasa Orang negatif melakukan kesalahan, dia berkata, “itu bukan salah saya”.

Orang Positif membuat komitmen-komitmen;
Orang negatif membuat janji-janji.

Orang Positif mempunyai impian-impian;
Orang negatif mempunyai tipu muslihat.

Orang Positif berkata, “Saya harus melakukan sesuatu”;
Orang negatif berkata, “Harus ada yang dilakukan”.

Orang Positif adalah sebahagian dari sebuah team;
Orang negatif melepaskan diri dari team.

Orang Positif melihat peluang;
Orang negatif melihat kesusahan.

Orang Positif melihat kemungkinan-kemungkinan;
Orang negatif melihat permasalahan.

Orang Positif percaya pada menang-menang (win-win);
Orang negatif percaya, mereka yang harus menang dan orang lain harus kalah.

Orang Positif melihat potensi;
Orang negatif melihat yang sudah terlewat.

Orang Positif seperti thermostat;
Orang negatif seperti thermometer.

Orang Positif memilih apa yang mereka katakan;
Orang negatif mengatakan apa yang mereka pilih.

Orang Positif menggunakan perbalahan keras dengan kata-kata yang lembut;
Orang negatif menggunakan perbalahan lembut dengan kata2 yang keras.

Orang Positif selalu berpegang teguh pada nilai2 tapi bersedia berkompromi pada hal2 remeh;
Orang negatif berkeras pada hal2 remeh tapi mengkompromikan nilai2.

Orang Positif berkata, “Jangan berbuat pada orang lain apa yang Anda tidak ingin orang lain perbuat pada anda”;
Orang negatif berkata, “Lakukan pada orang lain sebelum mereka melakukannya pada anda”.

Orang Positif membuat sesuatu terjadi;
Orang negatif membiarkan sesuatu terjadi.

Para Orang Positif selalu merancang dan mempersiapkan diri, lalu memulai tindakan untuk menang…
Para Orang negatif hanya merancang dan berharap dia akan menang.


notakaki : cer refleksi diri, positif ke negatif aku nih? hmmmm

Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih.

No comments: