Friday, June 8

Cadangan Penambahbaikan Blog 100 Penulis | Untuk Perhatian Admin dan Semua Rakan Penulis

Jika semua penulis di 100 Penulis sedar, entri di akhir di blog ini adalah pada Februari 2012. Bermakna sudah hampir 4 bulan tidak pengemaskinian entri di 100 Penulis. Dan saya sendiri sedar sudah terlalu lama tidak menulis apa-apa di sini. Hal ini membuatkan saya terfikir yang 100 Penulis mungkin memerlukan perubahan daripada aspek "appearance of blog" dan "procedure of posting entries".

Di bawah adalah beberapa cadangan untuk penambahbaikan 100 Penulis.

1. TEMPLATE/WARNA

100 Penulis barangkali memerlukan template baru yang lebih menarik. Menarik yang dimaksudkan bukanlah terlalu "fancy" hingga blog jadi berat. Template yang digunakan sekarang tiada masalah kerana template minima memang nice, cuma warna perlu diubah sebab elemen warna "pink" kurang digemari oleh sebahagian lelaki.

Pilihan warna lain seperti kombinasi hitam merah putih atau biru putih atau warna-warna lain yang kurang menyakitkan mata mungkin boleh dipertimbangkan.

2. HEADER

Header 100 Penulis sekarang simple and nice. Tetapi say mencadangkan jika ada dikalangan rakan penulis yang berkemahiran dalam menghasilkan header, mengapa tidak reka beberapa headers dan rakan-rakan penulis boleh vote yang mana header terbaik yang kita mahu guna.

3. NUFFNANG/ADF.LY
Saya cadangkan untuk sementara waktu, iklan Nuffnang dibuang daripada 100 Penulis. Cuma sementara waktu. Adf.Ly juga mungkin sesuatu yang menyelesakan. Apakata admin remove Adf.Ly.

4. FORMAT ENTRI

Jika boleh biar semua entri formatnya sentiasa sama. Saya cadangkan kepada admin supaya dipilih satu type font yang paling sesuai dan maklumkan kepada semua penulis 100 Penulis supaya jangan tukar font type bilamana menulis entri. Blog akan nampak lebih kemas jika begitu.

5. GILIRAN MENULIS

Tidak perlu giliran menulis. Buat peraturan ini untuk sementara. Benarkan penulis yang hendak post di 100 Penulis seberapa banyak entri yang mereka mampu dan mahu. Tidak perlu sistem draf. Taip dan terus publish.

6. READMORE

Apakata tak perlu lagi guna read more. Banyak readers sebenarnya kurang selesa dengan readmore. Mereka lebih suka open blog, dan terus scroll untuk membaca.

Untuk entri ini saya beri 6 cadangan dulu. Jika ada lagi, tambah di ruang komen dan kita sama-sama boleh cuba tambahbaik 100 Penulis dan push blog ini supaya dapat lebih banyak readers.

5 comments:

therosputih said...

setuju dgn cadangan tu..editor yang lain mcm mn?

faizalnizam said...

kalau cepat response dr editor lain. lagi cepat boleh revamp blog 100 penulis ni.

Kyra Ismera said...

sebagai bekas penulis..saya rasa 100penulis dah kurang kehangatan tersendiri.kurang senang dengan adf.ly sebab ianya terlalu mengganggu.bagi yang tahu tekan skip xpela..bg yang xtahu ? terus taknak masuk dah laman ni..

100penulis said...

Terima Kasih atas cadangan.. Memang dah lama 100p terbiar..

Tapi tunggu ya, admin dijangka bersalin 16hb June, insyaAllah akan kembali menjalankan tanggungjawab utk 100p dlm masa sebulan lagi..

BTW keep on posting. Bab warna pink ni ntah camna buleh terpilih tah. Pakai tukaq ja template. Hehe

Adf.ly akan diremove lepas capai target. Nak dekat dah. Asalnya ditambah pun disebabkan tiada lagi sumbangan artikel dari editors maka admin perlu something else than nuffnang.

kz said...

Setuju dengan semua 6 cadangan.

Sebenarnya, aku pun jarang berkunjung sebab adf.ly tu. Benda pertama sekali kita kena ubah.

Dan kita kena cari balik komuniti kita yang satu masa dulu, happening, mesra, supportive dan comel.

sampai yang jumpa jodoh pun ada :D

for 100 penulis. Im all in.