Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day
''bang tolong bang,jangan pukul saya bang''
''baru sekarang kau nak merayu JANGAN ! tadi aku mintak elok-elok,bukan main kau berdrama hebat ! nah rasakan''
Hayunan buku lima tepat di mata kanan.peritnya terasa hingga ke saraf.
Tendangan sulung jatuh tepat di ulu hatinya.senak menyelubungi.
Mata sepek itu semakin layu.kesakitan di badan kian merenggut.
Gelakkan galak masih lagi kedengaran,namun sudah sayup-sayup diawangan.
Akhirnya mata menyerah kalah.lantas terkatup.badan jatuh rebah.
"wey,sudah ! sudah ! terkulai dah si Adi ni ! kau nak bunuh dia ke Darius ?"
" biar dia mampus ! baru dia taw langit tinggi ke rendah ! bukan aku mintak duit banyak pon..aku mintak yang mana ada dalam poket dia tu ! bapak kaya,anak kedekut ! puuihh !"
Cecair putih yang punya buih-buih kecil melekat di baju dan muka Adi,ludah.
Namun itu masih belum buat dia bermaya untuk membuka mata.apatah lagi bangun berdiri.
Dia Adi,Adi Muzalman b Adam Muzalman.
Ayahnya seorang pengusaha besar. Punya bisnes pelusuk negeri. Punya syarikat yang gah sedang membangun.
Namun dia ?
Dia hanyalah Adi yang biasa,Adi yang pendiam.Adi yang suka menyendiri dan seorang pemerhati yang baik. Oh ya tak lupa. Adi senang dibuli.
Dibuli ? membuli ?
Apa bezanya ? tetap BULI di hujungnya bukan ?
Adi mendengus perlahan. Mata kanannya masih lagi
bengkak , senak di ulu hati masih lagi terasa sakitnya. Namun dia masih mampu tersenyum.
Baginya dia punya prinsip.
Jangan melawan bila dibuli
Jangan melayan sekiranya disendawa
Jangan sesekali membeli wang kepada pembuli
Jangan..
Jangan..dan
Jangan
Ahh ! prinsip bodoh. Prinsip yang memakan diri.
Itu bukan untuk kebaikan,itu lebih kepada keburukan.
" Itu bukannya berdisiplin sekiranya kau tak langgar prinsip bodoh kau tu ! itu memperbodohkan diri ! sanggup kau kena buli saban hari dengan Darius tu ? sampai bila Ardi ? sampai bila ? "
Arissa mula membebel. Tergesa- gesa dia selepas mendapat panggilan telefon dari guru disiplin sekolah. Katanya Adi ditemui pengsan di dalam toilet. Bila disoal puncanya,Adi hanya diam membisu.
Hanya Arissa yang mengetahui segalanya. Arissa seumpama diari harian Adi. Apa yang berlaku pasti dia akan ceritakan.
Adi orangnya bijak.Cuma dia sedikit dumbass.
Terlalu berpegang kepada prinsipnya.
Entah mengapa,antara banyak-banyak undang kehidupan. Undang-undang itu juga yang dipilih sebagai prinsipnya. Bila disoal mengapa, dia hanya menjawab 'sekadar ingin mengetahui apa itu dunia'
Lame excuse.
"Adi Muzalman"
"ya akak"
"Rules and regulations,
force you to play it safe
and now get rid of all the hesitation,
it's time for you to seize the day"
Ditinggalkan Adi dengan kata-kata tersebut. Arissa sudah malas untuk menasihati. Adi sudah dewasa.
Pandai untuk membuat keputusan,pandai untuk mengubah diri
Dan akhirnya. Hari ini. Ardi yang baru. Ardi yang sudah Berjaya. Adi yang tidak lagi hidup dalam
pegangan prinsip bodoh.
Terima kasih kakak.
Singgah ke blog penulis : http://kyraismera.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment