Tuesday, August 21

Jentayu Di Melbourne

Artikel ini adalah sumbangan dari Limau Daun Merah

Hashim tidak senang duduk. Dia tiba terlebih awal kemedan selera ini, sekarang dia terpaksa menunggu. Lima minit lagi, fikirnya.

Dia melihat ke sekeliling, mencari-cari wajah yang dapat dikenalinya. Dia perasan ada beberapa pelajar perempuan bertudung labuh di penjuru jauh medan makan, tapi dia tak cam mereka siapa.

Meja-meja lain mula beransur diisi penuh, hanya meja yang dia duduki sahaja masih lagi kosong dicopnya seorang.

Dia melihat pada jam di dinding, sudah 2 minit lewat dari masa yang dijanjikan. Dia mula sedikit resah.

Dia membuka begnya, mencari-cari buku atau kertas, atau pen, atau apa saja yang boleh mengisi masa menunggunya ini. Dia membawa keluar barang, meletakkannya semuka ke dalam bag, seolah tidak keruan.

"Sorry, sorry I lambat,"



Hashim melepaskan nafas lega, "Eh tak apa, I pun baru sampai."

"Sorry, tadi I jumpa kawan I kejap tadi, she didn't want to stop talking haha. Dah lama sampai?" tanya Tasha.

"Emm, tak adalah baru jugak tadi."

"Kelas you lepas ni kat mana?"

"I dah habis dah untuk hari ni. Tute kena cancel."

"Ye ke? La kenapa tak cakap? You could have just gone home, tak payah nak susah-susah temankan I"

"Eh tak apa, I pun memang tengah cari makan tadi."

Kata-kata Hashim itu tidak benar. Selepas lecturenya berakhir sejam setengah tadi, dia sudah separuh jalan hampir sampai ke rumah apabila Tasha mengajaknya makan tengah hari bersama. Dia menerima ajakan itu, dan berjalan kembali ke kampus, dan berlegar-legar di perpustakaan sementara menunggu
Tasha selesai kelas.

"I nak order fried rice dia, can I get you anything?" pelawa Tasha.

Hashim melihat papan-papan tanda gerai-gerai yang ada, "I makan kebab je kot."

Tasha mengiyakan katanya itu lantas berjalan menuju gerai nasi campur.

Jarak yang dekat itu sahaja membuktikan daya tarikan yang ada padanya.

Blausnya birunya yang labuh tergantung lembut dari bahunya yang kecil, kainnya nipis beralun-alun dengan setiap langkah yang diambil.

Mata-mata di sekeliling tidak puas memandang kecantikan Tasha, Hashim sendiri tidak terkecuali.

"You tau tak? I dah lama tak makan lunch dengan orang!" kata Tasha.

Hashim mengambil tisu untuk lap sisi bibirnya yang tertumpah sos bbq,
"Serious?"

"A ah, selalunya I makan sorang je. Tak sempatlah nak call orang, my friends are all studying all over the place."

"You tak kenal budak-budak perempuan yang melayu yang study kat sini?"

"Tak sangatlah, yang pakai tudung besar tukan? I ada nampak jugak tapi seganlah nak tegur."

"Kenapa?"

"Alayou tahulah, they're so… alim. I mean, not that there's anything wrong with that, tapi I tahulah I ni banyak lagi buat jahat, so macam it's a bit difficult. You get what I mean? Haha," Tasha gelak bila dia sedar apa yang telah dia katakan.

"Kenapa Shim? See anyone you like? They're very good wife material tau."

Muka Hashim merah mendengar cadangan Tasha. Tasha hanya gelak.

"You dah bunyi macam mak I dah," kata Hashim cuba selamatkan keadaan.

"Your mum sounds like a very wise woman then, baik you jangan degil." Tasha menembak sebuah lagi senyuman menusuk terus ke dada Hashim.

Mereka masing-masing bercerita tentang diri masing-masing sambil makan tengah hari itu.

Tasha menceritakan tentang dirinya, dan kehidupannya di merata-rata tempat sebagai anak diplomat. Hashim ralit mendengar.

Hashim pula ceritakan kenakalannya di sekolah, pengalaman bermain di tepi longkang, di dalam longkang, memanjat pokok mencuri mangga, berlari dari anjing jaga halaman rumah terbiar. Tasha mendengar setiap butir katanya dengan penuh minat.

Mereka menceritakan hal masing-masing dengan tekun, sehinggakan sedikit demi sedikit, medan selera kembali lengang dan tidak mereka perasan.

+++

Hashim dan Luqman khusyu' melayan PES. Cahaya dari skrin LED besar terang mencahayakan susuk tubuh mereka yang bersandar malas di atas sofa cabuk di rumah Luqman.

"Kau ingat kau terror? Kau ingat kau terror?" Luqman mula bersemangat apabila diri mayanya hampir ke gawang, dia mencilok di antara defender-defender Hashim yang lambat bertindak, dan…

"GOOOOOOOOOOOOL!"

Hashim melepaskan controllernya ke bawah. Sudah puas dia kalah kepada Luqman hari ini.

"Eh give up dah bro? Tulah aku dah kata, kalau baru nak bersunat, jangan lawan abang-abang jagoh ni," sakat Luqman.

"Ah kau, pantang menang sikit dah besar kepala."

"Kau tak terima hakikat kau lemah."

"Bising ah kau, aku nak minum air," Hashim bangun menuju ke dapur.

Dia kadang-kadang meluangkan masa di rumah Luqman. Luqman dan teman-temannya seramai 7 orang sama-sama menyewa sebuah unit apartment tiga bilik di tengah bandar.

Rumahnya sentiasa sibuk, denga masuk keluar penghuni, pekik lolong pemain PS3, tetapi entah mengapa kemasaman rumah Luqman lebih menenangkan Hashim dari biliknya yang tertib dan sunyi.

"Kau stay makan tak?" Luqman jerit dari seberang bilik.

"Eh yelah, kalau tidak buat apa aku beli ayam tu, " Hashim menunjukkan ayam panggang yang dibelinya.

"Manalah aku tahu kau nak sedekah ke apa ke?"

"Banyak cantik muka kau," Hashim melunsur kembali ke tempatnya di atas sofa dengan cawan penuh diisi air paip yang sejuk.

Hashim duduk meneguk air dan diam sekejap.

"Bro kau perasan tak kita macam tak kenal perempuan kat sini," kata Hashim.

Luqman memandang Hashim, dia keliru dengan soalan kawannya itu, "bukan banyak ke perempuan kat uni?"

"Memanglah ramai, tapi yang kita kenal lah. Yang jadi kawan kita. Aku rasa macam tak ada sangat."

"Tu sebab engkau loser."

"Engkau ada kenal?"

"Ramai kot."

"Siapa? Aku tak pernah nampak pun kau bercakap dengan perempuan."

"Macam kau berkepit dengan aku 24 jam."

"Siapa dia kawan-kawan perempuan kau?"

"Adalah, aku tengah main game ni," Luqman cuba menghentikan soalsiasat Hashim.

Hashim senyum sinis, "cuba kau sebut nama lima orang yang kau kenal?"

"…Aliya……..

Sharifah….

Shahirah….

Sha..fiza….

Shahadah…"

Luqman tersengih-sengih selepas memberi jawapannya.

"Loser doh kau," tempelak Hashim.

"Ala ada aku kenal, cuma aku jarang-jarang cakap dengan dia je."

"Pastu? Kenal macam mana tu?"

"Aku duduk belakang dia dekat lecture."

"Cis."

Luqman letakkan controllernya atas ribanya, "Lagipun kenapa kau tiba-tiba tanya pasal betina ni? Kau nak cari downline ke?"

"Tak adalah aku terfikir je. Setakat ni, aku boleh kita berborak dengan dua orang je perempuan, tapi kalau jantan tu sampai penuh satu dewan kot dah kenal."

Luqman duduk diam seketika, "Actually kau macam ada point jugak sebenarnya. Aku pun rasa macam kita jumpa laki je selalu."

"Budak-budak perempuan kat sini kena sorok dalam rumah ke?" tanya Luqman.

"Manalah aku tahu."

"Aku rasakan kita kena buat edisi siasat. Kita kena investigate, 'Ke Mana Hilang Gadis Malaya Di Melbourne', kau rasa macam mana?"

"Mula lah dia merepek tu…"

"Serious bro, penting untuk masa depan kita ni. Kita bagi-bagilah, aku cuba kenal budak-budak freehair, kau pakai purdah pergi masuk set set tudung,"

"Tak senonoh doh kau"

"Apa tak senonoh, aku suruh kenal bukan suruh raba."

Hashim konon-konon mencampak isi gelasnya yang kosong ke arah Luqman.

"Lucah kepala kau lucah…"

"Kau pulak? Kau kata kau ada kenal?" Luqman bertanya pula.

"Ah ah, tapi tu pun kebetulan. Seorang classmate aku, Aussie, Sam, lagi sorang girlfriend member aku, Tasha."

"Hot tak?"

"Tak habis habis.."

"Macam mana kau boleh kenal?"

"Sam tegur aku kat kelas, ok lah dia tu peramah jugak."

"Dia suka kat kau kot."

Hashim tidak pedulikan kata-kata Luqman, "Tasha pulak awek member aku, semlam aku lunch dengan dia,"

"Pergh rampas makwe orang doh kau!"

"Ah sudah kau, dia yang ajak aku teman dia. Teman je pun."

"Kau tau apa maknanya kan bila ada awek ajak kau teman dia makan," Luqman semakin galak membincangkan hal ini, "Maksudnya hatinya dah terbuka untuk kau.. 'Oh Hashimku sayang, tidak dapat ku tahan lagi perasaan yang terpendam dalam hatiku ini, maka aku ajak kau makan supaya dapat ku luahkan perasaan cintaku padamu!"

"Kau ni buang tabiat ke apa?"

"Betul doh, habis lah kau ada peminat."

"Susah betul cakap dengan orang cepat eksaited ni…"

"Kau kunciii, hatikuuuu, di dalam hatimuuuu" Luqman mula menyanyi semula, lantas Hashim bangun meninggalkan sofa itu.

+++

Hashim dan Sam duduk mengulangkaji di dalam perpustakaan universiti sebelah.

Melbourne uni lebih besar librarynya, dan lebih banyak meja dan suis elektrik, lebih mudah untuk mereka menggunakan komputer-komputer mereka.

Muka Sam berkerut menulis sesuatu, sekali sekala terlepas carutan dari mulutnya.

"That's it! I'm off for a smoko," Sam bangun dan berjalan menuju pintu.

"You're not joining?" dia bertanya, mata birunya tajam memandang Hashim.

Hashim terpinga-pinga. Aku tak hisap rokok buat apa aku nak ikut, fikirnya.

"Come on! I'm sure you need a break too."

"Ok.." Hashim bangun, meletakkan buku-bukunya di atas laptopnya untuk keselamatan barang-barangnya.

Di luar, angin dingin bersiul-siulan. Musim panas semakin sampai ke hujungnya, daun-daun mula berubah warna, dan semakin yang banyak luruh.

Asap rokok menthol Sam bersimpang siur dihembus angin. Hashim pula tidak senang berdiri, mencari tempat yang kurang ditiup angin.

"Callin', callin', callin'" Sam menyanyi perlahan di antara setiap sedutan.

"I can't get that song out of my head. Do you know that song Hashim?"

Hashim menggelengkan kepalanya, tangan-tangannya dirapatkan ke badan kerana kesejukan cuaca petang itu.

"You know you ought to talk more mate," tegur Sam.

"Sorry, a little cold…" jawab Hashim.

Sam menghembus asap tembakau, mukanya puas melihat asap putih yang terbang ke langit dari celah bibirnya.

"I feel so stupid doing this course," kata Sam.

"The more I study it seems like the less I understand," dia memandang Hashim, "I'm not even sure I'm supposed to be doing this course…everyone else is so smart."

"Not everybody,"

"False modesty's no virtue Hashim," kata Sam, tersenyum, " You're literally every tutor's pet. You know they only look at you in class don't you?"

Hashim sengih tersipu-sipu, "Well it's only first sem…"

Sam mengirup panjang rokoknya, "Maybe I should change courses yeah? I don't think I'd want to do more years of this. It's too difficult."

Mata Sam mengejar seekar tupai yang melompat dari rak basikal di hadapan mereka.

"I've been reading a lot about politics too you know," dia menyambung lagi.

"It's fascinating what people talk about on uni. So much more interesting than what they talk about back home."

"You talk about politics here?" Hashim bertanya.

"Yeah, I've been sitting in on a couple of club meetings. Just a little bit of jolly chin wags yeah after all that studying," Sam memberitahu.

"And since its always at some pub, the beers help too," Sam memandangnya nakal.

"In fact, you're moslem aren't you Hashim? There's a rally for Palestine this Friday by the State Library," mata birunya tajam ke Sam, "Comewith?"

"Umm I got class till midday, then I have Solat Jumaat on Friday."

"That's the prayers isn't it? Don't worry it starts after that. Some of the organisers are from the Uni's Arab society."

Ai minah ni ajak aku demo pulak, fikir Hashim. Apalah pelik-pelik perempuan di uni ni?

Singgah ke blog penulis : http://jentayudimelbourne.wordpress.com

No comments: