Sunday, August 12

Namewee Buat Video Hina Lin Dan Pulak..

Tak terkejut pun kalau dapat tahu, sebab dia ni dah banyak kali ketagih nama dengan cara buat video maki-makian. Terbaru dia buat pulak video menghina Lin Dan selepas kekalahan Datuk Lee Chong Wei di Olimpik. Video tu kemudiannya tersebar sampai ke forum-forum utama sehingga menimbulkan kemarahan peminat-peminat badminton di China. Chong Wei yang dapat tahu dengan kejadian ni kemudiannya memohon maaf secara terbuka. Tengok, tak pasal-pasal Chong Wei pulak jadi mangsa keadaan.

Petikan dari Bernama :
BEIJING - Datuk Lee Chong Wei memohon maaf berhubung klip video penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang menghina bintang badminton China, Lin Dan.

"Saya memohon maaf atas video tersebut, saya juga tidak tahu apa-apa tentang lagu itu, di sini saya ingin memohon maaf kepada semua, diharap peminat (badminton) China boleh memaafkannya," kata Chong Wei dalam laman web peribadinya di "microblogging" weibo, laman web di China yang bersamaan dengan Twitter.
Baru-baru ini, Namewee memuat naik klip video ciptaannya di laman web yang mengandungi maki-makian dalam bahasa Hokkien terhadap Lin Dan selepas Chong Wei kalah 21-15, 10-21, 19-21 kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Olimpik London, di Arena Wembley.

Klip itu kemudiannya, tersebar ke seluruh forum utama dan telah menimbulkan kemarahan di kalangan peminat badminton di China.


Media dalam talian China, Souhu melaporkan bahawa Namewee mempertahankan dirinya dengan berkata, dia hanya meluahkan perasaannya seperti seorang peminat biasa.

"Biasanya, peminat akan hanya marah di rumah, tetapi saya buat dalam bentuk video untuk menunjukkannya," dakwa beliau.

Beginilah agaknya "SAYANG" Namewee dengan Malaysia, tak habis-habis memalukan nama negara. Buku belum bertemu dengan ruas, takpa la. Keep on making videos la. Hang kan berjiwa murni.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan.

No comments: