Sunday, August 12

Aku Bukan Lelaki Yang Kau Cintai

Artikel ini adalah sumbangan dari Merrah

Salam dan selamat sejahtera, anggaplah aku seorang LELAKI...melafazkan rasa yang terpendam..

Walau hilang segumpal emas tidak sesekali terasa kehilangan jika dibandingkan dengan perasaan di saat aku kau buang kerana bagimu aku bukan lelaki yang kau cintai.

Katamu aku bukanlah lelaki yang setaraf walau telah bertahun menyulam cinta dan dengan persoalan di manakah tahap kasih sayangmu padaku.


Suaramu teringatkan aku bagaimana jelaknya dirimu mendengar rayuanku dan kau pergi jua walau ku halang seribu kali pun.

Bagimu aku ini hanya tempat menyandarkan harapan dikala tiada sesiapa yang harapkan.

Aku bergitu yakin kau akan menjadi milikku untuk selamanya dan ternyata aku hanya pelakon tambahan sahaja bagi melengkapkan jalan cerita.

Tiap satu persatu kesalahan ku walau sebesar kuman kau masih lagi nampak dan masih lagi menulis di kertas ciptaanmu. 

Dan.. bagiku engkau terlalu istimewa dan terlalu sempurna.Tidak ku nampak satu pun keburukan kau lakukan padaku walau sebesar hama.

Benarlah orang berkata cinta itu tiada yang kekal abadi melainkan cinta pada Tuhan dan RasulNya.

Biarkan aku membawa sedikit kenangan untuk ku coretkan di dalam hati walaupun terlalu perit tapi aku mahukan juga dijadikan peneman di kala sepi.

Jika dulu bagimu aku ini pelengkap hidup tetapi kini aku kau buang umpama tiada apa-apa dan benarlah aku bukan lelaki yang kau sayang.Ingatkan wahai wanita jangan sesekali ingat lelaki ini tiada perasaan sedih,duka dan kecewa.

Singgah ke blog penulis : http://noveltulisanku.blogspot.com

No comments: