Friday, September 7

BLOGGER UNIK HARI INI - [mizzevilly]

100penulis.com Perlukan anda?? Ini hanyalah suatu entri yang aku tulis untuk memasukkan diri dalam blog 100penulis..

Sekadar mencuba nasib,,,..Jadi, bila dipertimbangkan, aku menulis pada saat ini sekadar nak promote blog baru aku iaitu mizzevillypurple.blogspot.com..

Mengapa namanya mizzevilly purple??
Jawapannya senang sahaja, Sesuka hati aku la kau punya blog..
hahhaha..(Gelak gedik sekejap)




Saturday, August 25

Nafsu Muka Buku (Cinta Muka Buku Islamic Version)

Artikel ini adalah sumbangan dari Mursyidaazzahra

Walaupun agak lama dah video ini di upload tapi ia bagi saya inpirasi
..buat saya untuk menulis

Cinta Muka buku Vs Cinta Kalam Illahi

Adakala Hati terasa mahukan seseorang

Adakala hati terasa sunyi

Adakala Hati terasa kenapa ku tidak seperti yang lain

bercouple dgn vs jantina


kini ku tahu bahawa seandainya ku memberi Cinta ini kpd Si dia Mungkin kah
ia terima diri ku

kini ku tahu Hanya yang perlu di hati hanya Cinta yang maha esa

Syair-Syair Para Pemburu Ilmu


kupancarkan karya indahku di ufuk-Nya.

Kusegerakan langkahku menuju negeri-Nya.

Indahnya pemandangan dan suasa malam gembira,

takkan pernah menggoyahkan tekadku.

Kutinggalkan lembah cinta dengan hati yang berat.

Tapi,kuyakin kelak tidak lagi merasa kesepian dan penderitaan itu.

Kuseru nama Allah Yang Maha Mulia.

Kudakap segenap tulang rusukku kerana takut akan panggilan-Nya.

Tuesday, August 21

Jentayu Di Melbourne

Artikel ini adalah sumbangan dari Limau Daun Merah

Hashim tidak senang duduk. Dia tiba terlebih awal kemedan selera ini, sekarang dia terpaksa menunggu. Lima minit lagi, fikirnya.

Dia melihat ke sekeliling, mencari-cari wajah yang dapat dikenalinya. Dia perasan ada beberapa pelajar perempuan bertudung labuh di penjuru jauh medan makan, tapi dia tak cam mereka siapa.

Meja-meja lain mula beransur diisi penuh, hanya meja yang dia duduki sahaja masih lagi kosong dicopnya seorang.

Dia melihat pada jam di dinding, sudah 2 minit lewat dari masa yang dijanjikan. Dia mula sedikit resah.

Dia membuka begnya, mencari-cari buku atau kertas, atau pen, atau apa saja yang boleh mengisi masa menunggunya ini. Dia membawa keluar barang, meletakkannya semuka ke dalam bag, seolah tidak keruan.

"Sorry, sorry I lambat,"



Saturday, August 18

Buat Baik Jangan Sekali,Buat Jahat Berpada-pada

Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling baik kepada yang jahat
pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar

hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
nun di akhirat.nun di syurga firdausi
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.

benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz
masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.



Thursday, August 16

BLOGGER UNIK HARI INI : Teratai

Blog saye menceritaakan tentang kaedah tutorial Blog,Photoshop,dan Easy math,selain itu pelawat boleh menonton TV di blog saye ,perkhidmatan software pun disediakan, percayalah anda pasti berpuas hati bila bersantai diblog saye.peranan blog saya ini alah untuk memudahkan pelawat mencari isu semasa kaedah Search engine optimize SEO ,backlink booster,dan sebaainya.Info tentang isu semasa pun di ambil berat.pendek kata macam-macam ada.