Monday, June 13

Kisah seks di Malaysia - Diam


Seks dan Malaysia sudah menjadi sinonim kebelakangan ini. Isu ini menjadi perkara terpenting untuk tahun ini sahaja. Apakah agaknya bakal dihadapi oleh rakyat Malaysia dan apakah kesudahannya akan menjadi persoalan yang rumit untuk dirungkaikan.


Pendedahan video seks oleh Datuk T sebelum piliharaya Sarawak menjadi fenomena yang besar bagi rakyat Malaysia. Ramai yang mengatakannya palsu tetapi tidak kurang mengatakannya tulen. Namun menjadi persoalannya kenapa kerajaan membakul sampahkan kes ini dan tidak dibawa ke makamah Syariah sepertu diminta oleh tertuduh. Adakah Makamah ini tidak cukup undang-undang untuk mendakwa tertuduh atau pendakwa?

Perkara yang memburukkan lagi ialah dengan tersebarnya video tersebut di internet. TV3 pula mengambil peluang daripada penyebaran tersebut dengan menayangkannya di Buletin Utama. Apakah tindakan kerajaan? Diam. Bagaikan tidak ada undang-undang di tanah melayu ini.

Kelemahan kerajaan telah mendorong pula video clip berunsur lucah diterbitkan. Kononnya ianya adalah untuk export keluar negara tetapi sejauh manakah kebenaranya? Penerbit video tersebut iaitu Gambit saifullah dikecam hebat di internet kerana tidak memikirkan unsur video tersebut amat sensitif di Malaysia. Namun sekali lagi persoalannya, adakah kerajaan sensitif? Diam. Bagaikan mengalakkan penerbitan video tersebut.

Lain pula cerita pendedahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun. Perempuan ini dikenali sebagai Adinda Evans mengaku sudah kehilangan dara di blognya. Maka ramailah mengutuk remajanya ini kerana pendedahan tersebut. Namun remaja tersebut menjawab kutukannya dengan mempersoalkan kegiatan GRO, Bohsia serta remaja seusianya di Bukit Bintang yang kehilangan dara tidak sama mendapat kutukan sepertinya. Kerajaan? Diam. Bagaikan merestui perbuatan remaja ini.

Perkara yang lebih menyayat hati adalah kes buang bayi dari tingkat 5. Di mana? Malaysia. Si pelaku ini cukup kejam. Tidak terfikir dek akal apakah yang mendorongnya melakukan perkara terkutuk tersebut. Walhal masih ramai lagi yang sanggup untuk menjaga bayi tersebut daripada mensia-siakannya. Diam. Siapa? Kerajaan. Bagaikan menghalalkan perbuatan tersebut.

Semua ini adalah berkaitan dengan seks. Adakah ini bala? Inilah kesan domino dengan seks. Bermula dengan tayangan video berjangkit kepada remaja dan berakhir dengan pembuangan bayi. Adakah anda berdiam diri?



Mengenai Penulis Entri Ini :
cayrul juga penulis untuk blog Cayrul - Majalah Info Pilihan Ramai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label CAYRUL. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Buat duit dengan facebook - Betul atau omong-omong..

2 comments:

nn said...

from my point of view setakat apa yang saya tahu, kalau masuk mahkamah syariah susah pendakwa nak menang. bukti tak kukuh. identiti pelaku tak dapat dikenalpasti. bukti video bukan bukti utama. yang paling penting masih 4 saksi. video tu level 3 je. tak cukup lagi nak sabitkan kesalahan.

that's why pendakwa taknak bawak ke mahkamah syariah kot.

selain isu tu, memang seks bebas ni mengundang banya masalah. that's why semua agama pun pada dasarnya melarang seks bebas. tapi manusia makin lama makin degil. open minded kononnya.

N said...

boleh laa suruh membangkang ambil alih, tapi pembangkang kita pun dari nk kejar negara Islam pun dah tukar jadi negara kebajikan. aiseh. nak harapkan siapa? Diam.