Saturday, August 18

Buat Baik Jangan Sekali,Buat Jahat Berpada-pada

Artikel ini adalah sumbangan dari Kyra Ismera

buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada.
senyum kepada yang menjeling baik kepada yang jahat
pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar

hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
nun di akhirat.nun di syurga firdausi
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.

benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan yang telah tertulis di loh mahfuz
masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.



cukuplah lakonan yang baik tu sedangkan hakikatnya vice versa.senangnya
meludah perkataan yang menyakitkan.senangnya bercanda dengan memburukkan
orang.senangnya lidah itu.sedangkan tiada apa masalah pun sebenarnya.
suka mencaci,suka mengata,suka menyindir hanya kau bukan seperti dia yang
kau idamkan.sudahlah manusia.tutup mulutmu sebelum lebih banyak dosa yang
bakal kau tanggung.sudah sudahlah menghina.letih telinga mendengar,sakit
mata memandang.

walau apa pun terjadi,kepada yang jatuh cubalah untuk bangun.insyaallah
Allah disisimu.Dampinglah dengan Alquran kerana itu penguat imanmu.Sujudlah
keran disitu egomu akan makin terkawal.

Bangun dengan gagah ! jangan tunjuk kau lemah ! jangan jatuh kerana
kata-kata tak berlesen ! hiduplah dalam prinsip hidupmu !
BAIK JANGAN SEKALI ,tetapi banyakkanBUAT JAHAT BERPADA-PADA,
janganlah selalu,kerana manusia itu tidak sempurna,tidak lari dengan perbuatan yang mengjengkelkan

Singgah ke blog penulis : http://kyraismera.blogspot.com/

5 comments:

Lelaki said...

sengaja diadakan syurga dan neraka ...pilih!

TiranaAduka said...

itu yg sebaik baiknya

Kyra Ismera said...

@lelaki idaman : terletak pada iman.

Kyra Ismera said...

@tiranaAduka : baik tetap baik, walau ada mata yang menghantar nota AWAS.

Admin said...

nasihat yang bagus